5 TEKNIK PENIPUAN SCAMMER I-SINAR KWSP YANG HARUS ANDA TAHU

 

Memandangkan pengeluaran simpanan Akaun i-Sinar Kategori 1 dan 2 sudah dibayar atau dalam proses pembayaran, harap anda semua sebagi ahli KWSP haruslah berhati-hati dengan beberapa isu penipuan dan scammer yang sedang bergiat aktif untuk mendapatkan duit anda.

 

Sebagai seorang pengguna atau ahli KWSP, anda perlulah sentiasa berhati-hati dan bijak dalam melakukan sebarang urusan atas talian.

 

Untuk makluman anda, penipuan secara atas talian dan scammer ini sentiasa mencari peluang untuk membuat penipuan dengan pelbagai cara secara atas talian.

 

Berikut kami kongsikan kepada anda beberapa jenis penipuan yang dikongsikan oleh KWSP yang sedang berleluasa secara online:

 

Lima Jenis Penipuan/Scammer  i-Sinar KWSP

Berikut adalah merupakan empat jenis teknik scam yang sedang giat aktif dilakukan oleh para scammer di luar sana:

 

Panggilan Mengaku Sebagai Ejen KWSP

  1. Jika anda mendapat panggilan / call daripada orang yang mengaku bahawa dirinya adalah merupakan ejen kepada pihak KWSP dan ingin membantu dalam melakukan pengeluaran, sila abaikan dan terus putuskan talian telefon. Pihak KWSP tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk menguruskan simpanan anda. Sila dapatkan info yang sahih dan tepat hanya dari media sosial dan laman web rasmi KWSP.
  2. Sila laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000.

 

Terima SMS Yang Mengandungi Nombor OTP

  1. Anda belum melakukan sebarang permohonan i-Sinar tetapi anda telah menerima SMS yang mengandungi nombor OTP? Kemungkinan data peribadi anda sedang digunakan oleh pihak scammer. Jika perkara ini berlaku, sila laporkan ke talian hotline khas i-Sinar dengan kadar yang segera. Sila laporkan ke talian hotline khas i-Sinar di 03-89224848

 


 


 

Dapat Panggilan Minta Kad Pengenalan / IC

  1. Jika anda berhadapan dengan situasi ini, pastikan bahawa anda jangan panik! Sila semak terlebih dahulu dengan rakan-rakan ataupun orang yang anda percayai. Jangan terus menjawab apa-apa soalan untuk mengelakkan daripada anda berkongsi maklumat peribadi diri anda kepada scammer tersebut. Terus hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000.

 



 

 

SMS Palsu Berkaitan Status Permohonan

  1. Sila sentiasa berwaspada dengan SMS palsu berkenaan status permohonan i-Sinar ini. Pihak KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan simpanan KWSP anda.


Aplikasi Palsu i-Sinar

  1. AWAS! Jangan sesekali terpedaya dengan tipu helah manusia yang tidak bertanggungjawab yang telah pun membina beberapa aplikasi yang seakan-akan hendak memberikan kemudahan maklumat mengenai i-Sinar KWSP. Pihak KWSP telah memberikan amaran ini kepada semua para pencarum pada media sosial Facebook KWSP agar anda tidak mudah untuk tertipu.

 



PERINGATAN BAGI PENCARUM


Pastikan bahawa anda sentiasa peka dengan peringatan berikut:

  • Sentiasa mengikuti perkembangan isu terkini KWSP daripada sumber yang sahih.
  • Info palsu daripada pihak ketiga bukan sahaja boleh mengelirukan malah ianya boleh mengancam privasi dan keselamatan akaun anda semua.
  • Hubungi talian yang tepat jika terdapat sebarang keraguan:
  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP - 03 8922 6000 atau;
  • Talian hotline khas i-Sinar - 03 8922 4848


Semoga anda semua bijak dalam membuat keputusan dan tidak tertipu dengan penipuan yang dilakukan oleh scammer di atas talian. Ingat! Jangan mudah untuk anda kongsikan nombor OTP, maklumat peribadi dan nombor kad pengenalan anda.

 

Jangan lupa untuk  kongsikan artikel ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat!


1 ulasan:

  1. Bagaimana nak kemas kini nilai amount yg dipilih..Dan permohonan terdahulu sudah diluluskan?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.