SENARAI PERMOHONAN PPR DISEWA YANG MASIH DIBUKA - MaklumatKini

Breaking

BANNER 728X90

Wednesday, July 8, 2020

SENARAI PERMOHONAN PPR DISEWA YANG MASIH DIBUKA





JABATAN PERUMAHAN NEGARA, KPKT

TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT


PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT DISEWA (PPR Disewa)


LATAR BELAKANG

Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

 

PROJEK PPR (DISEWA)

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

 

Ciri-ciri PPR:

  1. Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  2. Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  3. Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  4. Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  5. Kemudahan Asas:
  6. Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  7. Surau/Ruang Solat
  8. Gerai Makan/Ruang Niaga
  9. Tadika
  10. Kemudahan OKU
  11. Taman Permainan/Kawasan Lapang
  12. Rumah Sampah


SENARAI PERMOHONAN YANG MASIH DIBUKA:

  1. PPR BATU ARANG - WP . LABUAN
  2. PPR DI ULU PERASAN - KOTA BELUD SABAH
  3. PPR SAPAGAYA - LAHAD DATU SABAH

Syarat-Syarat Permohonan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri


KLIK PAUTAN HIJAU


Cara Permohonon Rujuk disini : PERMOHONAN PPR DISEWA


 




1 comment: