Semak Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 - MaklumatKini

Breaking

BANNER 728X90

Monday, July 20, 2020

Semak Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40




Tahukah anda berkenaan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau lebih dikenali sebagai PeKa B40?

Ianya merupakan satu lagi inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk membantu menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Seramai 800,000 bakal terima manfaat skim tersebut bermula April ini.

 

Apa yang perlu dilakukan?

  1. Mudah saja, penerima hanya perlu membawa kad pengenalan ke klinik swasta yang menyertai Klinik PeKa B40 untuk buat pemeriksaan kesihatan (Manfaat 1).
  2. Jika penerima disahkan menghidap penyakit dan perlu jalani pemeriksaan dan rawatan lanjut di hospital kerajaan, penerima akan layak mendapat 3 lagi manfaat seterusnya.
  3. Tiada bayaran dikenakan kerana semuanya dibiayai kerajaan dengan dana RM100 juta.
  4. Anak-anak sila pastikan ibu bapa atau saudara terdekat anda yang layak supaya mengambil peluang ini.

Berbeza dengan Skim Perlindungan Kesihatan mySalam, PeKa B40 diwujudkan atas beberapa faktor berikut:

  1. 47.6% kumpulan B40 berumur 50 tahun dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.
  2. 3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40.
  3. Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah lebih rendah.
  4. Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.
  5. Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
  6. Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan.

Dengan peruntukan sebanyak RM100 juta, PeKa B40 dijangka mampu membantu 800,000 penerima buat permulaan.


No comments:

Post a Comment