PERMOHONAN RUMAH SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) 2020
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) telah
mencapai persetujuan dengan institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam
menyediakan pembiayaan perumahan yang akan dijamin oleh Skim Jaminan Kredit
Perumahan (SJKP) untuk pemohon-pemohon yang layak.
Dengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Apa yang menariknya, Dengan bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP.
Kepada pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti
bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi,
dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke
bawah melalui SJKP.
TENTANG SJKP
Kerajaan Malaysia, dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, sedar akan kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.
Bagi mengatasi kesukaran tersebut, kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini.
Para pemohon pembiayaan mestilah mempunyai keupayaan untuk membayar balik pembiayaan perumahan meskipun mereka tiada bukti pendapatan bulanan. SJKP Berhad ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan pada 6 Disember 2007.
SJKP Berhad telah melantik Prokhas Sdn Bhd (sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, Diperbadankan) bagi menguruskan operasi hariannya.
Tiada ulasan: