Permohonan Bantuan Khas RM300 Kepada Ibu Tunggal (Permohonan Selewat-Lewatnya pada 31 Oktober 2020 )

Jabatan Hal Ehwal Wanita distruktur semula dan dinamakan
sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). JPW berfungsi sebagai jentera
pelaksana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan
menjalankan program dan aktiviti pembangunan wanita selaras dengan visi dan
misi KPWKM. JPW terdiri daripada lima
(5) bahagian:-
- Bahagian Pelaksanaan Dasar Wanita
- Bahagian Pembangunan Kapasiti
- Bahagian Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian
- Bahagian Bimbingan dan Kaunseling
- Bahagian Khidmat Pengurusan
Berdasarkan KPWKM, ibu tunggal boleh didefinisikan sebagai:
Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah (warganegara Malaysia) bagi kategori :
- Taraf perkahwinan balu atau bercerai/berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
- Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
- Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Senarai Manfaat Bantuan Ibu Tunggal
Setelah membuat pendaftaran beserta dokumen sokongan, anda
layak untuk menerima pelbagai insentif atau skim bantuan seperti yang
dikongsikan di bawah :
Perubatan atau kesihatan
- Skim Peduli Sihat
- Skim Rawatan Jantung
Bantuan Kebajikan
- Bantuan Am (termasuk kanak-kanak/mempunyai anak)
- Bantuan JKM Bantuan Orang Tua
Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor
- Layari Portal Rasmi KISS untuk maklumat lanjut
Bantuan Sara Hidup
- Layari Portal Rasmi BSH
Bantuan Zakat
Syarat Kelayakan
Pemohon hendaklah merupakan :
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Wanita menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran Definisi Ibu Tunggal
- Pendapatan isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244
Status permohonan akan dimaklumkan melalui SMS. Sebarang pemakluman yang berkaitan dengan Permohonan Bantuan Khas RM300 akan dikemaskini di laman web dan facebook JPW
PERMOHONAN KLIK LINK : https://www.infomalaysiakini.com/2020/07/satu-bantuan-yang-disediakan-oleh.html
Tiada ulasan: