PERMOHONAN BANTUAN DARI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
![]() |
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan
kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara
Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat
dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan
pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses
pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap
penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN
KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN KEBAJIKAN Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan. klik pautan hijau untuk permohonan : PERMOHONAN |
Tiada ulasan: